Sinar Kasih

"Mencari-cari di mana munculnya Sinaran Kasih itu"

13 December 2011

Harus Memilih


 
Banyak perkara yang bermain di fikiran.
Satu persatu datang.
Penyelesaiannya masih belum ditemui.
Tersepit apabila ingin membuat keputusan..
Yang mana harus didahulukan.
Keluarga atau Impian???




p/s:bertenang dan cuba buat keputusan yang terbaik...

01 December 2011

Tabahlah,,

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...=)

Hari nie 1 Disember,,bulan terakhir untuk tahun nie 2011...Lagi 30 hari Disember akan tinggalkn tahun 2011 dan Januari pula bakal menyusul 2012 nanti..Hati mesti mau kuat dan tabah untuk hadapi semua ini...Jangan persoalkan lagi apa yang telah berlalu biarkan ia dibawa angin dan berlalu pergi...Untuk yang mendatang harapkan ada yang terbaik..

p/s:utk diri sendiri kuatkan hati,tabah dan bersabarlah dengan apa jua yang berlaku,,,cuba berubah yang lebih baik untuk masa depan..Jadikan masa lalu sbg pengajaran dan masa depan sebagai harapan!!!!!!!!!!

List KAWAN&SAHABAT--- Bertambah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..:)

Tambah kawan2 jgn tambah musuh..;)
 
Macam mana nak mulakan cerita nie?Dari mana nak dimulakan...Ok saya mulakan dengan cara saya yer..
Pada satu petang tue kat tempat kerja tiba-tiba datang seseorang perempuan datang menghulur salam dan saya menyambut salam itu.Dia datang untuk meminta pertolongan daripada saya..Dan sebagai pekerja saya layan dia seperti mana saya layan customer-customer yang lain..Lepas siapkan keja untuk budak pompuan nie tiba-tiba sekali dia tegur saya "akak dulu sekolah SMKTPR yer.."terkejut saya bila ada jugak someone yang masih kenal saya walaupun dah lama saya tinggalkan sekolah tue..saya kata "yer memang akak pernah sekolah kat sana masa ambik STPM,,adik nie sapa yer.."Memang saya tak berapa nak kenal ngan student SMKTPR sebab saya sekolah kat sana setahun lebih jer..Adik tue bagitahu dia nie junior saya dan dia kenal saya..Wowwww tak sangka ada jugak budak-budak junior yang kenal saya..Pastu kami pun borak-borak lar pasal sekolah dulu kala..

Then dua tiga ari pastu dia datang lagi kat kedai saya,,masih lagi berkaitan urusan kerja nye..Masa nie tak borak-borak pun sebab dia singgah kejap jer ada urusan lain katanya..Banyak kali la jugak dia datang tapi saya tak tahu pun nama dia.Sepanjang berjumpa dengan dia saya betul-betul terlupa untuk bertanya nama dia atau pun no fon dia..

Dalam satu bulan lepas tue dia datang lagi jumpa saya..Seperti biasa sebagai seorang wanita yang amat lemah lembut dia datang menghulur salam,dan saya sambutnya dengan dengan gembira.Sekali lagi pertolongan yang diminta daripada saya..Saya tolong dia dengan sebaik mungkin setakat mana saya boleh tolong.Pertemuan demi pertemuan akhirnya baru kami berkenalan,,namanya Watie..Cantik dan indah seperti empunya diri.

Walaupun kami baru saja kenal  tapi kami cepat mesra,Watie memulakan bicara tentang dirinya yang sedang dilanda masalah..Sebagai kawan baru dan saya anggap dia sebagai adik saya beri nasihat dan kekuatan semoga dia terus tabah untuk hadapi segala ujian daripada Allah SWT..Sesungguhnya disebalik kesulitan itu ada kemudahan..
Yer siapa sangka perkenalan singkat antara kami menjadikan kami akrab...Itulah kawan,teman,sahabat yang sentiasa disisi dalam susah dan senang,,dalam tangis dan tawa..Saya doakan sahabat baru saya nie akan beroleh kejayaan dalam apa jua yang dilakukan..

04 November 2011

Ku Ingin!!!!!!!



Ingin ku terbang,
Tapi tak bersayap.......

Ingin ku berlari,
Tapi kaki tak berdaya....

Ingin ku mendaki,,
Tapi tangan tak kuat....

Semuanya ku inginkan,,
Tapi semuanya diluar kemampuanku!!!

31 October 2011

Alahai.........SahabatKU TerCinta-Married

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua..;D

SahabatKu Tercinta WaWa

Sahabat@teman@rakan@kawan cukup bermakna dalam kehidupan kita,,dah jadi sebahagian daripada kehidupan kita...Sahabat tercinta saya Salwani, dari kecik sampai sekarang dah selamat menjadi isteri kepada suaminya..=D...Akhirnya antara kami 4 sahabat sepermainan dia yang pertama  berkahwin..Pas nie giliran siapa belum lagi tahu...kihkih..

Masa kecik-kecik dulu selalu dok fikir antara kami berempat sapa yang kawin paling awal,,dan kami selalu menjangkakan dia/wawa yang akan kawen dulu,,sebab??dlm ramai2 dia paling tua antara kami..kalu ikut umur mesti dia yang kena kawen dulu then saya..Eh..eh..eh saya ker??Umur saya cuma muda setahun jer dengan dia kalu ikut umur turn saya la agaknya pasni...ha..ha..ha...Tapi itu semua ketentuan Tuhan takde sapa yang tahu,,cepat atau lambat saya terima..<(*_*)>

"Selamat Menempuhi AlamBaru"
Yang bestnya pasal perkahwinan sahabat saya nie,dengan tanpa rasa was-wasnya dia lantik saya menjadi tukang ambik gambar dia masa majlis akad nikahnya..Saya nie mana pernah ambik kursus pasal gambar-gambar nie,,bakat dalam bidang seni lagi la takde langsung...Maka dengan was-wasnya saya selaku tukang gmbar dia malam tue menggunakan segala kekuatan untuk buat yang terbaik untuk dia..Tapi sayang sekali.............. ha..haa..ha......kamera puji saya habis bateri...AlahaII time camni la dia nak kita lagi puji dia..kui.kui.. Nasib baik ada kamera tefon boleh lah menyelamatkan keadaan yang sedikit genting..tapi sayang sekali lagi kualiti gambarnya tak berapa nak cantik...ha..ha..terima jer la sahabatku seadanya..;)

hasil drpd kamere telep0n..uhu
Semoga Kekal Hingga Hujung Nyawa
Bukan setakat malam akad nikah saya jadi tukang ambik gambar tapi sampai majlis sandingya dan diteruskan sampai sesi outdoor...oiiiittt nie dah lebih..ha..ha,,Tapi saya puas hati sangat dapat lakukan untuk sahabat saya yang tercinta nie..Jom kita tengok hasil-hasilnya..ho..ho.ho..






Nie la hasil tak seberapa daripada puji dan cony tepon..he..he..Apa-apa pun tiada ucapan selain 'SELAMAT PENGANTIN BARU  BUAT WAWA DAN SUAMI'...Moga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..Aminn..


Kegembiraan yang dikongsi bersamamu..;)

27 October 2011

Suka Duka Konvossss...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua...

Baru-baru nie dah selesai Majlis Konvekesyen UUM ke-24..Alhamdulillah akhirnya  berjaya bergelar seorang graduan..Hampir setahun menunggu akhirnya tiba jugak waktu memakai jubah yang penuh keramat itu dengan topi bersegi empat.... 

Konvekesyen nie banyak memberi kenangan manis dan jugak pahit..Macam-macam yang terpaksa dilalui sepanjang menghadiri majlis nie..Rupa-rupanya ada something yang nak berlaku..Yang paling best dapat jumpa kawan-kawan coursemate,,dapat la lepaskan rindu masing-masing...Betul la apa yang orang kata waktu belajar adalah waktu yang paling happening sekali...Walau stress macam mana pun kita dapat atasi...Sebab ada kawan-kawan yang sentiasa ada bersama kita.Tapi sekarang semuanya terpaksa dilalui sendiri,,susah senang sendiri..

First time saya bawa family ke tempat menuntut ilmu dan tempat di mana saya berjaya membuktikan pada mereka saya boleh  jadi seperti orang-orang lain..Dari riak muka mereka saya tahu mereka bangga dengan saya..

Masa on the way dari Kelantan ke Kedah boleh plak kami tersesat jalan..Selama 3 tahun belajar kat kedah akhirnya sesat jugak saya,,tak disangka betul..Maklum la selama ini pak cik-pak cik bas yang drive dan saya kat belakang asyik tidur jer macam mana nak cam arah jalan,tambah pulak banyak jalan yang boleh sampai sana..Walaupun sesat tapi akhirnya kami selamat sampai tapi lewat sikit..Kat sini kami sewa rumah 1 malam RM150 tapi saya kongsi dengan kawan dapat la jimat sikit..Lagipun yang datang tak ramai campur family saya ngan famili kawan 8orang jer.

Esoknya awal2 pagi lagi saya dan my bebeh(kawan) dah siap untuk ke dewan,,kami konvo sesi pagi...Tapi tetap lambat sampai kat dewan sebab jalan jem...aish kelam kabut dibuatnya..:p...Masa kat dalam dewan rasa macam tak sabar untuk beratur dan bersedia bila nama dipanggil,,debarannya hanya Tuhan saja yang tahu..Dulu tengok orang tapi sekarang diri sendiri yang rasa..emm bertuah sebab dapat berada kat situ dan rasa macam nak jer panggil nama Ma,,'lihatlah anakmu ini,,,,dan TERIMA KASIH buat kamu MaMa'...:) Pas habis sesi dalam dewan,,bermula la sesi bergambar,,,tapi saya tak banyak ambil gambar ngan kawan2 kerana masa yang tak megizinkan...huhuu..jom layan gambar saya bersama family dan kawan2..
Bersama Ma' dan Along,,'Terima Kasih!!!'

Family my bebeh,,,'awesom'..;)
Dgn bdk2 coursemate,,n juniors..tq dtg ngan bunga n hdiah.
Dgn my x-rumate,maisya dan ila..n mybebeh jira..
Teruskn usaha InsyaAllah akn ada yg t'baik utk kita..;)
'Ma,,terima kasih utk sglanya'-dpt jgk pakaikn jubah  utk ma..


Lepas habis membasahkan jubah-jubah dengan rasa puas hatinya saya ngan my bebeh pergi memulangkan jubah..Kejap jer pakai dah nak kena pulangkan..huhuu..Malam tue saya ngan family terus gerak balik ke Kelantan,,my bebeh ngan family dia balik esok harinya ke KL..Masa ontheway balik kami terlepas sampai Penang tapi nasib baik ada jalan untuk terus ke Grik-Jeli..Tiba-tiba awal pagi dalam pukul 5.20am kami terlanggar motosikal bersama penunggangnya dekat ngan Batu 11,Tanah Merah..Alhamdulillah kami semua selamat tapi penunggang perempuan tue teruk la jugak patah kaki..Dugaan untuk kami sekuarga..Ma cakap,'xpela biar kita susah-susah dahulu,senang akan datang kemudian hari'..Emm tapi teruk la juga kereta kami..nie dia ~~~ 



Kemudian kami pegi balai polis untuk buat laporan,,pas settle semua kami teruskan perjalanan balik umah..Dalam kul 10.00am kami sampai umah..penat sangat tambah-tambah pulak teringat macam mana excident tue boleh berlaku..ngerinya kalu dibayangkan kembali,,waktu tue yang ingat hanya lah mati..
Terima kasih ya Allah kerana masih memberi kami peluang ini..Kami bersyukur dengan segala kurniaanMu.. 

29 September 2011

Orked Puteh.....Kembali Berbunga

Assalamualaikum dan salam sejahtera..=)


Bangun pagi-pagi buka jendela pastu tiba-tiba nampak pokok orkid dah berbunga kembali...=) Cantik bunganya,,nak tengok..jom saya tunjukkan...



Gambarnya tak berapa clear sebab saya ambik dari jendela umah pastu zoom kan ia..Tapi boleh nampak la bunganya...Takpe ada lagi gambar-gambar lain yang saya ambil dari luar rumah dalam view yang berbeza..Tak pandai pun nak ambil gambar bagi cantik-cantik just yang saya tau bile saya rasa ok saya tekan jer button klik tue..hehhe..Pokok Orkid Puteh nie saya tak tanam pun tapi dia tumbuh dengan sendirinya@menumpang kat atas pokok limau tepi rumah..

Nak tengok gambar-gambar lain yang saya ambil??jom kita ttengok sesama..=)
aduss,,silau cahaya matahari..kihkih
^
^
Gambar yang nie di ambil dari bawah pokok limau itu yang ada cahaya...pedih mata..=P


Cantikk,,puteh....

 ^
^
Yang nie pun ambil dari bawah pokok limau,,tapi dapat lari dari cahaya matahari..=P



Amat Cantekkk.....Puteh itu Suciiii..(*_*)  

^
^
^
Gambar nie yang paling saya suka...view dia cantik dan jelas...hahha..=)