Sinar Kasih

"Mencari-cari di mana munculnya Sinaran Kasih itu"

23 July 2014

Assalamualikum semua..

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi,,minggu depan raya lerr..hihihi..Menulis sambil mendengar lagu raya ouhh very the touching teringat kat famili di kampung..Tak sabar dah nak balik kampung..Esok malam naik bas dari KL ke KB,,jauhnya perjalanan malam esok,harap-harap tak jem..Nak kerja pun dah tak ada mood dok fikir sampai kampung nak kemas rumah,nak gi ambik baju raya,nak gi ambik kuih raya,nak buat ketupat,nak buat tapai,nak buat b\nasi himpit macam-mcam la benda nak dibuatnya nanti..Buat kerja pun buat ala-ala nak buat dengan tak nak buat..hahhhaha,,boleh pulak macam tue nasib baik bos keluar jumpa client..:P

Persiapan raya dah buat sikit,tunggu balik kampung settlekan yang kat kampung,,Baju adik-adik,Mama semua dah beli dengan tema hijau tahun nie..Adik yang kecik tak sabar nak tengok baju raya dia.Tunggu kakak balik yer dik..Dia yang paling kecik,paling banyak  plak belanja untuk dia,, baju raya jer dah 3 pasang..botak jugak kepala kakak ngan along..Takpe la sekali sekala belanja untuk adik..

Diharapkan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan,sentiasa bersabar dengan segala dugaan yang mendatang dan semoga kita semua umat Islam sentiasa dalam redha Allah SWT..aminn

SALAM AIDILFITRI 1435H.





13 March 2014

Yaahuuhaa Selamat Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua…J

Selamat bersua kembali dalam dunia maya,lebih kurang satu tahun tiga bulan lebih saya meninggalkan dunia blog, last update 6 Desember 2012 dan hari nie 13 Mac 2014 baru update..hihi..Rindunya dengan blog Sinar Kasih..Selama setahun lebih menyepi sekarang saya kembali, InsyaAllah akan terus aktif selepas nie.Macam-macam perkara telah berlaku selama setahun lebih nie selama penghijrahan saya dari kampung ke Sungai Buloh dan sekarang di Seri Kembangan.


Simpan dulu la kisah perjalanan hidup saya,nanti bila tiba masanya saya ceritakan. Sekarang isu Kehilangan Misteri MH370. Hari nie hari keenam misi  mencari dan menyelamat,sama-samalah kita mendoakan misi nie berjaya. Bagaimana semua nie berlaku? Ini semua rahsia Allah hanya Dia yang Maha Mengetahui. Sebagai umatNya kita haruslah bersabar dan terus berdoa semoga dapat bertemu kembali dengan pesawat MH370..