Sinar Kasih

"Mencari-cari di mana munculnya Sinaran Kasih itu"

13 December 2011

Harus Memilih


 
Banyak perkara yang bermain di fikiran.
Satu persatu datang.
Penyelesaiannya masih belum ditemui.
Tersepit apabila ingin membuat keputusan..
Yang mana harus didahulukan.
Keluarga atau Impian???




p/s:bertenang dan cuba buat keputusan yang terbaik...

01 December 2011

Tabahlah,,

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...=)

Hari nie 1 Disember,,bulan terakhir untuk tahun nie 2011...Lagi 30 hari Disember akan tinggalkn tahun 2011 dan Januari pula bakal menyusul 2012 nanti..Hati mesti mau kuat dan tabah untuk hadapi semua ini...Jangan persoalkan lagi apa yang telah berlalu biarkan ia dibawa angin dan berlalu pergi...Untuk yang mendatang harapkan ada yang terbaik..

p/s:utk diri sendiri kuatkan hati,tabah dan bersabarlah dengan apa jua yang berlaku,,,cuba berubah yang lebih baik untuk masa depan..Jadikan masa lalu sbg pengajaran dan masa depan sebagai harapan!!!!!!!!!!

List KAWAN&SAHABAT--- Bertambah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..:)

Tambah kawan2 jgn tambah musuh..;)
 
Macam mana nak mulakan cerita nie?Dari mana nak dimulakan...Ok saya mulakan dengan cara saya yer..
Pada satu petang tue kat tempat kerja tiba-tiba datang seseorang perempuan datang menghulur salam dan saya menyambut salam itu.Dia datang untuk meminta pertolongan daripada saya..Dan sebagai pekerja saya layan dia seperti mana saya layan customer-customer yang lain..Lepas siapkan keja untuk budak pompuan nie tiba-tiba sekali dia tegur saya "akak dulu sekolah SMKTPR yer.."terkejut saya bila ada jugak someone yang masih kenal saya walaupun dah lama saya tinggalkan sekolah tue..saya kata "yer memang akak pernah sekolah kat sana masa ambik STPM,,adik nie sapa yer.."Memang saya tak berapa nak kenal ngan student SMKTPR sebab saya sekolah kat sana setahun lebih jer..Adik tue bagitahu dia nie junior saya dan dia kenal saya..Wowwww tak sangka ada jugak budak-budak junior yang kenal saya..Pastu kami pun borak-borak lar pasal sekolah dulu kala..

Then dua tiga ari pastu dia datang lagi kat kedai saya,,masih lagi berkaitan urusan kerja nye..Masa nie tak borak-borak pun sebab dia singgah kejap jer ada urusan lain katanya..Banyak kali la jugak dia datang tapi saya tak tahu pun nama dia.Sepanjang berjumpa dengan dia saya betul-betul terlupa untuk bertanya nama dia atau pun no fon dia..

Dalam satu bulan lepas tue dia datang lagi jumpa saya..Seperti biasa sebagai seorang wanita yang amat lemah lembut dia datang menghulur salam,dan saya sambutnya dengan dengan gembira.Sekali lagi pertolongan yang diminta daripada saya..Saya tolong dia dengan sebaik mungkin setakat mana saya boleh tolong.Pertemuan demi pertemuan akhirnya baru kami berkenalan,,namanya Watie..Cantik dan indah seperti empunya diri.

Walaupun kami baru saja kenal  tapi kami cepat mesra,Watie memulakan bicara tentang dirinya yang sedang dilanda masalah..Sebagai kawan baru dan saya anggap dia sebagai adik saya beri nasihat dan kekuatan semoga dia terus tabah untuk hadapi segala ujian daripada Allah SWT..Sesungguhnya disebalik kesulitan itu ada kemudahan..
Yer siapa sangka perkenalan singkat antara kami menjadikan kami akrab...Itulah kawan,teman,sahabat yang sentiasa disisi dalam susah dan senang,,dalam tangis dan tawa..Saya doakan sahabat baru saya nie akan beroleh kejayaan dalam apa jua yang dilakukan..