Sinar Kasih

"Mencari-cari di mana munculnya Sinaran Kasih itu"

19 October 2018

Ingin Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..(@_@)

Bersua kembali setelah sekian lama menyepikan diri.Alhamdulliah masih diberi kesempatan,ruang dan peluang untuk terus mengisi ruang kekosongan dalam dunia blogger.

Posting pertama untuk tahun 2018 di pertengahan bulan oktober. Oktober yang penuh ujian dan dugaan. Sebagai manusia kita akan sentiasa di uji dan kuncinya kita perlu bersabar kerana Allah sentiasa ada untuk kita. La Tahzan InnAllah Ma'ana .." Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"

Sentiasa bersangka baik,InsyaAllah ada kebaikan yang menanti.


05 June 2017

Bukan Aku

Aku? adakah aku yang sebenar?
Kadang-kadang aku hampir terlupa siapa aku
Adakah aku sebenar-benar aku
Atau aku telah lama hilang

Cuba mencari di mana hilangnya aku
Hampir aku hilang dalam dunia sebenar
Munculnya aku yang berpura-pura
Dalam dunia yang penuh kesakitan

Aku mulai lupa aku yang dulu
Aku menjadi hidup yang pura-pura
Aku ingin menjadi aku yang dulu
Aku perlu mencari gali diriku

Andainya aku yang dulu telah lenyap
Masihkah aku bisa hidup dalam kesakitan ini
Lelahku yang hampir ke penghujung
Antara aku yang dulu atau aku yang sekarang???



02 November 2015

Aku BerLari



Ingin jauh ku berlari
Lari mencari diri
Jauh di hujung dunia
Kepastian belum tentu terungkai..

Lari dan terus berlari
Penghujungnya belum pasti
Titik penamat yang tiada akhir
Ke mana lagi harus ku berlari?

Semakin jauh ku berlari
Lelah mula ku rasai
Sakitnya onak dan duri
Perlukah aku terus berlari atau berhenti???




23 July 2014

Assalamualikum semua..

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi,,minggu depan raya lerr..hihihi..Menulis sambil mendengar lagu raya ouhh very the touching teringat kat famili di kampung..Tak sabar dah nak balik kampung..Esok malam naik bas dari KL ke KB,,jauhnya perjalanan malam esok,harap-harap tak jem..Nak kerja pun dah tak ada mood dok fikir sampai kampung nak kemas rumah,nak gi ambik baju raya,nak gi ambik kuih raya,nak buat ketupat,nak buat tapai,nak buat b\nasi himpit macam-mcam la benda nak dibuatnya nanti..Buat kerja pun buat ala-ala nak buat dengan tak nak buat..hahhhaha,,boleh pulak macam tue nasib baik bos keluar jumpa client..:P

Persiapan raya dah buat sikit,tunggu balik kampung settlekan yang kat kampung,,Baju adik-adik,Mama semua dah beli dengan tema hijau tahun nie..Adik yang kecik tak sabar nak tengok baju raya dia.Tunggu kakak balik yer dik..Dia yang paling kecik,paling banyak  plak belanja untuk dia,, baju raya jer dah 3 pasang..botak jugak kepala kakak ngan along..Takpe la sekali sekala belanja untuk adik..

Diharapkan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan,sentiasa bersabar dengan segala dugaan yang mendatang dan semoga kita semua umat Islam sentiasa dalam redha Allah SWT..aminn

SALAM AIDILFITRI 1435H.





13 March 2014

Yaahuuhaa Selamat Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua…J

Selamat bersua kembali dalam dunia maya,lebih kurang satu tahun tiga bulan lebih saya meninggalkan dunia blog, last update 6 Desember 2012 dan hari nie 13 Mac 2014 baru update..hihi..Rindunya dengan blog Sinar Kasih..Selama setahun lebih menyepi sekarang saya kembali, InsyaAllah akan terus aktif selepas nie.Macam-macam perkara telah berlaku selama setahun lebih nie selama penghijrahan saya dari kampung ke Sungai Buloh dan sekarang di Seri Kembangan.


Simpan dulu la kisah perjalanan hidup saya,nanti bila tiba masanya saya ceritakan. Sekarang isu Kehilangan Misteri MH370. Hari nie hari keenam misi  mencari dan menyelamat,sama-samalah kita mendoakan misi nie berjaya. Bagaimana semua nie berlaku? Ini semua rahsia Allah hanya Dia yang Maha Mengetahui. Sebagai umatNya kita haruslah bersabar dan terus berdoa semoga dapat bertemu kembali dengan pesawat MH370..


06 December 2012

Betul-betul Last Day

Assamualaikum... :)


Di entry sebelum nie saya ada cite pasal saya nak benti kerja,,dan hari tue sepatutnya last day saya kerja,,tetapi tak menjadi la plak..Di sebabkan belum ada pengganti,,saya dengan rela hati tolong bos saya ganti untuk seminggu nie..Dan hari nie baru betol-betol last day....hhahahahaha..

Pas nie musti saya akan merindui suasana kat DCC,,adik-adik kat sini,,kawan-kawan,,jiran-jiran sebelah...huuhhuuhu..Semuanya akan menjadi kenangan..

Harapan saya akan dapat pekerjaan yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang..Hari Ahad 9/12 nie ada temuduga fizikal dan kecergasan untuk Penolon Pegawai Pertahanan Awam,harap-harap ada rezeki untuk saya...Aminnn..doakan saya kawan-kawan...

My ex PC,webcam,speaker,pens,calculator n my desk..love u all


KudiQ vs AdeQ

Assalamualaikum..:)

 Sekarang dah bulan 12 dah..Bulan nie saya dan kakak saya along dah rancang nak buat birthday party untuk adik bongsu kami..Harap-harap jadi la.Adik suka sangat bila buat birthday party untuk dia...
Dia ada macam-macam gelaran nama,,dulu kami panggil kudik,sekarang adik,,kadang-kadang ateq,,macam-macam la..Geng kekawan dia panggil Sayeid,,kat sekolah pun cikgu panggil Sayeid..Nama penuh dia Sayeid Abdul Azim dilahirkan pada 12.12.2006...Masuk bulan nie baru cukup 6 tahun tapi perangai masih cam budak-bdak kecik,,nak saya mandikan dia,gosok gigi dia,pakaikan dia baju dan kadang-kadang nak kena dukung..manja betul...:)Masa kecik-kecik dulu comel jer geram tengok gambar-gambar lama dia. Nie ha cuba tengok comel kan,,masa nie baru umur 2 ngan 3 tahun..:p



 Sekarang nie dah besar lagi comel,,,comel ape???comel tang perangai la plak..macam-macam adik kecik yang sorang nie...haha
Berbaju sekolah,,last day sekolah untuk tahun 2012. 



Kakakkkk Sayang Adikkkk...(*_*)v