Sinar Kasih

"Mencari-cari di mana munculnya Sinaran Kasih itu"

17 March 2011

Kerana Percaya!!!

Assalamualaikum dan salam penuh kesejahteraan :)

<<<Kerana percaya aku terpedaya..Kerana percaya aku kecewa..Ohh rasa macam tak percaya aje bila semua ini berlaku pada diri sendiri.Apa yang berlaku pada aku nie mesti pernah berlaku jgak kat orang lain..Bila diri sendiri merasa barulah kita tau bagaimana sakitnya hati ini..Macam versi luah perasaan la plak..Tapi memang pun nak luah perasaan yang sekain lama mengbukam dalam hati ni..Btul ker ayat tu?lantak la,,marah punya pasal..




Al kisahnya bermula pada tahun 2004 atau 7 tahun yang lepas..Urmm lamanya..Yang tu kisah pertemuan kami..skip la kisah nie x mau cerita,,yang nak cerita kisah sekarang pada tahun 2011.. 

Kisah ini bermula pada satu pagi yang sangat indah...Masa tu macam biasa la aku bersiap-siap nak pergi kerja..Dengan tiba-tiba gegaran daripada telefonku m'gegarkan rumahku...Ha3 agak-agak la nak bergegar pun kan..Ingatkan gegaran apa rupa-rupanya '1 msg received'..Dah msg received kmdn aku reply la dan sent balik kat sorang 'kwn' aku nie.And then msg pnya msg tba2 dia msg nk mnta tolong...Aku ni jnis yang pantang kalau orang mnta tolong,walau susah macam mana pun aku akan cuba tolong selagi aku berdaya..Dan dalam masa beberapa jam aku berfikir sama ada nak tolong ke x,,,so aku buat keputusan tolong la 'kwn'aku ni dengan harapan dia menepati janji-janji nya itu..."I TRUST YOU,,OK"++

Hari yang dijanjikan telah pun tiba..Aku menanti dengan penuh harapan..Sayang seribu kali,sejuta kali,sebillion kali sayang janji hanya tinggal janji.Bukan aku tak pernah terfikir benda ni mungkin akan terjadi tapi niat hati memang nak tolong seorang 'kwn' yang amat memerlukan pertolongan pada ketika itu..Tapi tergamaknya seorang 'kwn' memperlakukan kwnya begini,,tanpa ada rasa belas kasihan..

Tapi salah aku jugak sebab terlalu mudah percayakan orang..Tengok diri sendiri dah terpedaya..Tapi bila sekali dah terkena macam ni tiba-tiba sifat was-was muncul dalam diri ini..Tak baikkan??Hanya kerana sorang yang buat kesilapan orang lain pulak terpaksa menanggungnya..Tapi sifat tu dah muncul,,macam mana nak buangkannya jauh-jauh??Adussss..

Terus terang aku cakap lepas semua ni jadi aku susah nak percaya kat orang..Betul la apa yang orang selalu cakap jangan percaya 100%,,percayalah pada 99% sahaja kerana itu lebih baik..Hati pun tak sakit...Jadi perlukah aku jadi seperti ini>>>


p/s: cerita ini bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa tapi sekadar renungan bersama...ok..:)

13 March 2011

Owhhh..Drama-drama

Assalamualaikum dan salam penuh kesejahteraan.:)

Hari ini rasa nak cerita pasal drama-drama Korea ngan Taiwan..Memang boleh jadi gile bila tengok drama-drama diaorang.Ada yang sangat sedih,lucu,romantik,kejam dan macam-macam lagi.Bagi yang selalu tengok pasti tahu cara olahan dan jalan cerita.Sangat menarik,kadang-kadang boleh mengalirkan airmata.;( Macam pernah jer kan..hehhe..

Kalau nak cerita berapa banyak yang aku dah tengok sampai esok pun tak habis..(mcm byk sgt,,prasan).Tapi yang terbaru tajuknya 'Rebirth,90 Days Time For Love,Cinderalla Man, drama korea,yang Taiwan 'Hi My Sweetheart ngan Autumn Concert'.Memang best la cerita dia.Sekarang aku lebih suka tengok online jer,lagi senang..Aku selalu tengok kat Maaduu best weh..Macam-macam drama ada kat situ,,drama Korea jer la Taiwan takde..Kat situ senang jer cuma perlu sign up and then korang boleh log in bila-bila masa yang korang suka.Yang penting free jer..hehe.

Kerana 'mereka-mereka' inilah aku tidak ada masa untuk megupdate blog aku.Memang salah 'mereka' yang membuatkan aku kekurangan masa untuk mengunjungi blog aku..Tengok dah bersarang labah-labah dah..he2..  Itu semua ku lakukan demi  masa lapangku ini..Nanti bila dah sibuk tak de masa nak tengok semua tu..Bila masa teramat lapang ini gunalah untuk sesuatu yang menyeronokkan..
Ok la utk posting kali ni..Nak cari sesuatu yang lain plak,,yang boleh mengisi masa-masa yang terluang ini..Ni ada sedikit cover untuk drama-drama Korea ngan Taiwan..If  u have a time must watch it!!!!!!!Realy2 like it..
90 days time for love...amat sedih
rebirth..kebangkitan sang hero untuk menuntut bela
cinderalla man..pertemuan si kembar
hi my sweetheart...teramat lucu best sangat mesti tengok



p/s:isi masa terluang dengan sebaik mungkin..:)




Erti Hidup...

Inginku melangkah pergi
Jauh dari realiti ini
Mencari sebenar-benarnya diri ini
Namun tidak mampu ku harungi

Mengapa jalan hidup ini yang perlu aku lalui
Mengapa aku yang harus disimpati
Mengapa ini semua terjadi
Mengapa harus aku sesali 

Kini baru ku mengerti erti sebuah kehidupan
 Penuh dengan ranjau dan dugaan 
 Ibarat laut yang sentiasa bergelombang di tengah lautan  
 Seperti pantai yang sentiasa di landa badai di tepian

Inilah sebenar-benarnya kehidupan di bumi Tuhan 
 Berbeza nasib dan jalan kehidupan
 Menjadi aturan dan ketentuan  
 Pahit manis tetap jua ditelan
 Harungi dengan penuh KESABARAN.......



14 February 2011

Hidup ini ibarat belayar di lautan yang luas.
Di mana mula dan di mana penghujungnya tiada siapa yang tahu.
Kita akan terus belayar dan belayar dan terus belayar untuk meneruskan kehidupan.
Dan yang pasti kita akan tetap merasa penghujungnya kelak.

Dalam pelayaran yang panjang akan ada perhentian-perhentian yang terpaksa dan tetap di lalui.
Perhentian yang kadang kala amat menyakitkan dan memeritkan.
Perhentian ibarat satu persinggahan.
Persinggahan yang sementara menanti pelayaran yang seterusnya.
Bila tiba masa dan waktu perhentian itu terpaksa di tinggalkan untuk melayari sisa-sisa pelayaran.
Sudahkah kita bersedia untuk pelayaran yang seterusnya???

Bersedia atau tidak pelayaran itu tetap jua diteruskan.
 Mampu atau tidak kita terpaksa mengharungi gelombang dan badai di tengah-tengah lautan.
Gelombang dan badai yang melanda mengajar kita erti sebuah pelayaran.
Pelayaran yang penuh suka dan duka.
Belayarlah kita dengan penuh kekuatan agar kita mampu hadapi
segala yang mungkin..




13 February 2011

Melukis Dan Mewarna


Salam Penuh Kesejahteraan.:)

 Tajuk posting arini macam untuk kanak-kanak jer kan??Tapi kita semua pernah laluinya pada satu ketika dulu. Melukis dan mewarna,siapa yang tak suka..Bagi aku,aku suka mewarna jer melukis aku paling tak suka sebab aku tak pandai la..Aku paling suka mewarna lukisan yang dah siap..Time sekolah dulu pun paling bagus aku dapat C- jer..Tu yang paling bagus la tu kalu tak D jer la jawab nye..Hahaha..tiba-tiba teringat time sekolah dulu..

Yang nie nak cerita pasal adik kecik ku yang semakin sibuk nak belajar melukis ngan mewarna.Hari-hari minta aku belikan dia buku melukis dan mewarna.Kesian tengok dia hari-hari minta belikan buku tu,,jadi semalam ada masa cikit aku keluar pergi kedai SMO belikan untuk dia..Nah ambik ko dik,,kakak beli skali ngan pensel warna yang macam-macam..Habis duit aku,,tapi takpe berhabis untuk adik bukannya orang lain,,adik cayunk jugak..Gembira bukan main lagi dia tgk aku balik bawa buku ngan pensel warna untuk dia..Masa tu dia tengah main dengan kawan-kawan dia,nampak aku jer terus balik rumah..Dia suka sangat,,dah lama dia minta aku belikan tapi aku ni cbok semacam jer..

Exiceted punya pasal habis satu buku tu dia nak warnakan..Yang lucunya siap suruh aku tulis nama dia pastu suh tulis 'I LAB U'..kecik2 dah pandai..adik2..Dia nie tak sekolah lagi tapi berlagak macam dah sekolah siap panggil aku cikgu..Hari2 main cikgu ngan dia..Nak sangat sekolah..Nanti la Dik taun depan adik dah boleh pegi sekolah,dah ada cikgu dan dah ada kawan2.Dah makin besor dah adik aku,,cepat betul masa berlalu.. Lepas nie dah boleh nak dukung2 macam selalu sebab adik dah besor..hehe..Kakak Cayang AteQ..


I Lab U

I Love U

Dengan Adanya

Dengan pertemuan adanya perpisahan,
Dengan kegembiraan adanya air mata,
Dengan suka adanya duka,
Dengan hidup adanya mati.......

Nikmatilah ia sebelum kita kehilangannya,
Jadikan ia satu kenangan terindah dalam hidup,
Sakitnya terpaksa jua kita lalui,
Itulah perjalanan hidup kita,
Setiap yang mula akan berakhir........



03 February 2011

Owhhh....Pasar Malam Di Tahun Baru Cina

Salam Penuh Kesejahteraann...:)

Rasa mcm dah lma aku x singgah d lmn blog aku nie..Nak kata bzz x la sgt,,nk kata x smpat msa byk jer dgn m'onlinekn dri..heheh...Jwpnnye..'M' lerr tuuu...Kadang2 skap M dtg jgk dlm diri ni...Skrg nie tba2 plak dtg skp 'R' trus singgah laa...:-)

Tiba2 teringat psl psr mlm yg aku pegi smlm..Fuyoo org t'amat la rmai smpai naik jem jln..Nsb baik la aku ngan c member nie m'rempit..Dpt la m'celah sana sini..Al mklum la smpna cti taun bru cina nie rmai la plak org..Hbs 1 psr mlm 2 kmi selongkar s'mata2 nk cri ikan masin@lbh famos kmi pnggil kering..Tp t'nyata tiada 1 kdai pn yg jual ikn kering..huhu..member aku la cedih sgt x dpt cri ikn kering k'gmran dia..x dpt la nk mkm nasi ngan lauk fabret dia 2.kah3...

1 bnda yg best psal psr mlm ni(Psr Mlm Pasir Mas) adalh p'aturannaya..Jgn main2 psr mlm pn ada p'aturan dia..Msuk jer wktu solat Maghrib lampu sumer akn d padamkan,,tu m'nandakn stp peniaga mahupn p'beli wajib m'nunaikan solat..Sgl urus niaga akn d hntikn buat smntara wktu..Siap ada pgwai yg m'merhati dr jauh lg..Lgpn bkn jauh nk pegi solat msjd dkt ngan psr mlm jer..x ltih pn kalu jln kaki...

Slps semua siap solat psr mlm d buka kmbli..Hah mula la kmi nk m'joli m'hbiskn duit yg mana ada..Tgk brg sumer nk bli tp ongkos nya x ckup..Yg plg ku t'kilan x dpt nk bli bju yg sgt menarik hatiku..Dah la bju 2 tnggl 1 jer..Kalu prgi skali lg mst da xde..Msalahnya ongkos xckup,,bju 2 pn satu mahal sgt..Kalu yg aku b'kenan jer mahal2,,high taste btol aku nie..high taste pn mkn nasi ngan ikn kering jgk..

Bila da duit smkn hbis,,,apa lg jom blik...Da  la m'rempit jer dlm keadaan yg golap golita..apa yg aku tlis???
hah fhm2 jer la..Aku nie kalau rempit motor wktu mlm slow jer al mklum la x nmpak wei,,,rabun mlm la ni...
Pnya la slow aku bwak motor 40-50km/j jer..X brani wei dah la bwa ank dara org nnt x psl2 aku yg di p'slhkn..Apa2 pn alhamdulillah kteorg slamt smpai kat umah...

Sekian Dahulu...Slm pnuh K'sejahteraan...:0)