Sinar Kasih

"Mencari-cari di mana munculnya Sinaran Kasih itu"

27 October 2011

Suka Duka Konvossss...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua...

Baru-baru nie dah selesai Majlis Konvekesyen UUM ke-24..Alhamdulillah akhirnya  berjaya bergelar seorang graduan..Hampir setahun menunggu akhirnya tiba jugak waktu memakai jubah yang penuh keramat itu dengan topi bersegi empat.... 

Konvekesyen nie banyak memberi kenangan manis dan jugak pahit..Macam-macam yang terpaksa dilalui sepanjang menghadiri majlis nie..Rupa-rupanya ada something yang nak berlaku..Yang paling best dapat jumpa kawan-kawan coursemate,,dapat la lepaskan rindu masing-masing...Betul la apa yang orang kata waktu belajar adalah waktu yang paling happening sekali...Walau stress macam mana pun kita dapat atasi...Sebab ada kawan-kawan yang sentiasa ada bersama kita.Tapi sekarang semuanya terpaksa dilalui sendiri,,susah senang sendiri..

First time saya bawa family ke tempat menuntut ilmu dan tempat di mana saya berjaya membuktikan pada mereka saya boleh  jadi seperti orang-orang lain..Dari riak muka mereka saya tahu mereka bangga dengan saya..

Masa on the way dari Kelantan ke Kedah boleh plak kami tersesat jalan..Selama 3 tahun belajar kat kedah akhirnya sesat jugak saya,,tak disangka betul..Maklum la selama ini pak cik-pak cik bas yang drive dan saya kat belakang asyik tidur jer macam mana nak cam arah jalan,tambah pulak banyak jalan yang boleh sampai sana..Walaupun sesat tapi akhirnya kami selamat sampai tapi lewat sikit..Kat sini kami sewa rumah 1 malam RM150 tapi saya kongsi dengan kawan dapat la jimat sikit..Lagipun yang datang tak ramai campur family saya ngan famili kawan 8orang jer.

Esoknya awal2 pagi lagi saya dan my bebeh(kawan) dah siap untuk ke dewan,,kami konvo sesi pagi...Tapi tetap lambat sampai kat dewan sebab jalan jem...aish kelam kabut dibuatnya..:p...Masa kat dalam dewan rasa macam tak sabar untuk beratur dan bersedia bila nama dipanggil,,debarannya hanya Tuhan saja yang tahu..Dulu tengok orang tapi sekarang diri sendiri yang rasa..emm bertuah sebab dapat berada kat situ dan rasa macam nak jer panggil nama Ma,,'lihatlah anakmu ini,,,,dan TERIMA KASIH buat kamu MaMa'...:) Pas habis sesi dalam dewan,,bermula la sesi bergambar,,,tapi saya tak banyak ambil gambar ngan kawan2 kerana masa yang tak megizinkan...huhuu..jom layan gambar saya bersama family dan kawan2..
Bersama Ma' dan Along,,'Terima Kasih!!!'

Family my bebeh,,,'awesom'..;)
Dgn bdk2 coursemate,,n juniors..tq dtg ngan bunga n hdiah.
Dgn my x-rumate,maisya dan ila..n mybebeh jira..
Teruskn usaha InsyaAllah akn ada yg t'baik utk kita..;)
'Ma,,terima kasih utk sglanya'-dpt jgk pakaikn jubah  utk ma..


Lepas habis membasahkan jubah-jubah dengan rasa puas hatinya saya ngan my bebeh pergi memulangkan jubah..Kejap jer pakai dah nak kena pulangkan..huhuu..Malam tue saya ngan family terus gerak balik ke Kelantan,,my bebeh ngan family dia balik esok harinya ke KL..Masa ontheway balik kami terlepas sampai Penang tapi nasib baik ada jalan untuk terus ke Grik-Jeli..Tiba-tiba awal pagi dalam pukul 5.20am kami terlanggar motosikal bersama penunggangnya dekat ngan Batu 11,Tanah Merah..Alhamdulillah kami semua selamat tapi penunggang perempuan tue teruk la jugak patah kaki..Dugaan untuk kami sekuarga..Ma cakap,'xpela biar kita susah-susah dahulu,senang akan datang kemudian hari'..Emm tapi teruk la juga kereta kami..nie dia ~~~ 



Kemudian kami pegi balai polis untuk buat laporan,,pas settle semua kami teruskan perjalanan balik umah..Dalam kul 10.00am kami sampai umah..penat sangat tambah-tambah pulak teringat macam mana excident tue boleh berlaku..ngerinya kalu dibayangkan kembali,,waktu tue yang ingat hanya lah mati..
Terima kasih ya Allah kerana masih memberi kami peluang ini..Kami bersyukur dengan segala kurniaanMu.. 

29 September 2011

Orked Puteh.....Kembali Berbunga

Assalamualaikum dan salam sejahtera..=)


Bangun pagi-pagi buka jendela pastu tiba-tiba nampak pokok orkid dah berbunga kembali...=) Cantik bunganya,,nak tengok..jom saya tunjukkan...



Gambarnya tak berapa clear sebab saya ambik dari jendela umah pastu zoom kan ia..Tapi boleh nampak la bunganya...Takpe ada lagi gambar-gambar lain yang saya ambil dari luar rumah dalam view yang berbeza..Tak pandai pun nak ambil gambar bagi cantik-cantik just yang saya tau bile saya rasa ok saya tekan jer button klik tue..hehhe..Pokok Orkid Puteh nie saya tak tanam pun tapi dia tumbuh dengan sendirinya@menumpang kat atas pokok limau tepi rumah..

Nak tengok gambar-gambar lain yang saya ambil??jom kita ttengok sesama..=)
aduss,,silau cahaya matahari..kihkih
^
^
Gambar yang nie di ambil dari bawah pokok limau itu yang ada cahaya...pedih mata..=P


Cantikk,,puteh....

 ^
^
Yang nie pun ambil dari bawah pokok limau,,tapi dapat lari dari cahaya matahari..=P



Amat Cantekkk.....Puteh itu Suciiii..(*_*)  

^
^
^
Gambar nie yang paling saya suka...view dia cantik dan jelas...hahha..=)

27 September 2011

Bila Hati Bicara

Bicara tentang  hati
Hati yang berbunga  cinta
Cinta yang indah mewangi
Wangian penuh kasturi….

Indahnya perasaan cinta
Hingga tiada lelah ku rasa
Tiap hari  indah berseri
Seakan tiada gusar…

Oh cinta yang ingin kumiliki
Hadirnya bisa meruntung hatiku
Atas dasar cinta
Ku ingin dicintai dan mencintai

Hadirnya cinta setelah sekian lama
Lama menunggu cinta yang satu
Cinta untuku dan cinta untukmu
Dan cinta untuk kita miliki bersama

'Bila hati bicara lidah kelu untuk berkata-kata'


28 August 2011

Selamat Beraya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua...(*_*)

Semalam dapat duit raya,
Hari ini dapat kuih raya+hamper raya,
Esok dapat baju raya,
Lusa kita berhari raya...

Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua pembaca blog Sinar Kasih Maaf Zahir Batin andai tersalah tulis tersilap kata-kata dalam penulisan nie yang menguris hati mana-mana pembaca..Mari lah kita saling maaf memaafi...

Tapi sebelum tue saya nak ucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada yang bagi duit raya sebelum raya,,Cikgu Saidatul ngan Cikgu Ti...Baru jer kenal dengan diaorang tapi diaorang sangat baik,,saya tolong diaorang dan diaorang bagi sesuatu yang tidak saya sangka...'duit raya sebelum raya' katanya...Terima kasih buat Cikgu-cikgu berdua.

Hari nie dapat pulak kuih raya ngan hamper raya..Kuih raya daripada Kak Zuliha yang kerja kat sebelah kedai saya,,katanya 'kuih tunjuk jer dik,,kuih dari air tangan tak sempat nak buat sibuk sangat lagi-lagi nak raya nie'..Terima Kasih K.Ha bagi 'tart nenas'..umm tak sabar nak rasa..Pastu Bos pulak datang kedai bawa hamper raya untuk pekerja-pekerjanya'besar'...alahai macam mana nak bawak balik naik motor nie.. Apa-apa pun terima kasih bos bagi kami hamper sempena hari raya nie...

Dan esok pulak bakal mendapat baju raya daripada 'Along'..Esok dia balik kampung dan seperti selalunya baju raya saya akan ditaja olehnya...wah,,wah,,wah seronoknya dah besar-besar pun baju raya orang beli..Tapi Along saya suka kalau bab-bab baju-baju raya nie dia mesti nak beli semua nak ikut tema katanya..Kalau masing'masing beli mesti warna tak sama jadi setiap hari raya mesti dia la yang jadi tukang beli baju raya untuk kami semua adik-adiknya..Terima Kasih Along untuk semua ini...

Peranan saya pulak sebelum raya nie biasa la jadi driver untuk ke mana-mana sahaja..Malam nie nak pegi ambil kuih raya ngan kek yang ditempah...heehee..=P

Selamat Hari Raya Semua daripada Aya Mea@Sinar Kasih!!!!


Dari Belakang Ke Hadapan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...=)

cantik dan unik pokok nie..utk tatapan mata


Dari belakang ke hadapan,,apa maksudnya??Macam-macam boleh kita tafsirkan daripada ayat nie kan,ikut kefahaman masing-masing.Tapi saya nak cerita satu tabiat atau perkara yang selalu saya buat bila baca novel ngan tengok cerita..Kalau bab baca novel saya suka baca dari bab belakang dulu pastu baru baca bab depan..hehe..=P..Pelik?? tak la pelik sangat pun,,,biasa la kan jenis yang tak sabar nak tau apa yang jadi.. Sama la dengan tengok movie atau cerita mesti nak tengok part last dulu...jadi tiada la unsur-unsur suspen yang terpaksa di fikirkan...=)

Tapi cuba anda bayangkan bila kita baca dari belakang ke depan???##%#**^*(*...*)...apa?Dah tentu la fening jawabnya,,,So jangan sesekali amalkan...hehhe..sekali sekala untuk kelainan boleh la...tp jgn selalu tak pasal-pasal rabun...=P..(ada kaitan ke)

Tapi kadang-kadang bagus jugak bila kita bermula dari belakang nie..Maksudnya disini bila kita berada di belakang mesti kita nak berada di depan dan untuk ke depan kita mesti berusaha...Maksudnya sekali lagi kita mesti ada usaha dalam apa jua yang kita lakukan..Berusaha untuk maju ke depan..Usaha usaha usaha InsyaAllah kita pasti berjaya...=)

15 August 2011

Akhirnya..............Konvo!!!

Assalamualaikum..=)

Sekian lama menunggu akhirnya segala penat lelah berbayar jugak.Tak lama lagi saya akan konvo dalam awal bulan Oktober.Habis belajar bulan Oktober tahun lepas 2010 konvo bulan Oktober tahun berikutnya dan hari ini baru tahu bila tarikh sebenar saya akan konvo..Lama memang lama dekat ngan setahun jugak la. 
Kenapa lambat??

Saya failed paper??

Tidak lah,,semuanya bergantung pada pihak universiti lambat atau cepat bukan kita yang tentukan.Kalau boleh awal-awal lagi saya dan bukan saya saja kawan-kawan seuniversiti saya nak konvo awal tapi apakan daya kami pihak pengurusan tiba-tiba ubah jadual yang sedia ada.Dan kami sebagai pelajar terpaksa terima dan akur.

Kenapa pihak universiti ubah jadual??

Mungkin mereka ada sebab tersendiri yang mana bagi mereka memberi kebaikan kepada semua pihak.Tapi bagi pelajar-pelajar mereka rasakan tidak adil.Tapi bagi saya semua nie ada hikmah yang kita tidak tahu.Walaupun konvo nie diadakan lambat,saya rasa beruntung sebab saya boleh kumpul duit untuk perbelanjaan konvo nanti,tak perlu susahkan keluarga.Kalau boleh semuanya saya nak guna duit sendiri tapi kalau keluarga nak bantu pun boleh jugak..hehheee..=)


Ada lagi masa sebulan lebih nak prepare untuk konvo.Yang penting budget untuk konvo mesti cukup,kena kerja lagi kuat la pasni..heheh.Perasaan makin tak sabar nak merasai semua itu..Harap-harap semuanya di permudahkan olehNya...Aminnn..=)

Bakal menjadi peristiwa TerIndah,,=)


10 August 2011

Keikhlasan Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.=)

Nampaknya saya semakin rajin masuk mengemas rumah blog saya nie..:p,,rajin sangat ker??Yer la dah lama bersepah,berhabuk jadi kena la kemas balik kan...heheh..=).Hari nie ada sesuatu yang saya nak kongsikan sesuatu dengan anda..Tentang apa?Tentang sebuah keikhlasan.

Ikhlas??sering kali kita dengar orang kata 'saya ikhlas buat semua nie' tapi sejauh mana keikhlasan tue, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.Sebab tue niat kita pada sesuatu penting,kalau kita niat baik maka kebaikan lah yang kita dapat, tapi kalu kita niat sebaliknya  maka yang sebaliknya kita dapat.Saya bukanlah seorang yang bijak pandai untuk bercerita tentang sesebuah keikhlasan tapi saya yakin dalam apa jua perlakuan kita mesti ikhlas tak kira la dalam perhubungan,pertolongan atau apa sahaja yang penting 'ikhlas'.

Seperti yang berlaku di sekeliling kita hari-hari di mana kita dapat lihat macam mana keikhlasan itu wujud dalam sesuatu tindakan.Ada sesetengah manusia yang menghulurkan bantuan atau sebagainya mengharapkan balasan daripada apa yang diberikan,dan ini menunjukkan seseorang itu tidak ikhlas dalam perbuatannya. Seharusnya kita sebagai manusia haruslah ikhlas dalam setiap perbuatannya,tentang balasan itu biarlah Allah SWT sahaja yang membalasnya.Sama-samalah kita renungkannya..

Saya menulis nie pun ikhlas,,sapa-sapa yang baca pun kena ikhlas ok.=)  Sama-sama kita jadikan diri sebagai seorang yang ikhlas..aminn..