Sinar Kasih

"Mencari-cari di mana munculnya Sinaran Kasih itu"

09 August 2011

Eh eh Traffic Light..:)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..=)

Sudah lama rasanya saya tidak meninggalkan jejak tulisan saya kat sini..Kenapa?? dan jawapan biasa didengar takde idea untuk berkongsi cerita dan apalagi yer,,umm..line internet putus disebabkan oleh segelintir manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab ini,,Kes??biasa la diaorang curi kabel untuk kepentingan diri sendiri..Begitu rakus manusia hari ini tidak menghiraukan halal haram setiap perbuatan mereka..Cerita yang ingin saya kongsikan hari ini ada kaitan dengan sikap manusia yang kadang-kadang hilang sifat timbang rasa.

Traffic light@lampu isyarat-merah,kuning dan hijau


Traffic light??siapa tak kenal dengan traffic light,,,Semua orang kenal dan tau traffic light atau lampu isyarat.. Traffic light nie la yang jadi peneman setia sewaktu kita di jalan raya..Fungsinya adalah satu untuk mengawal keadaan jalan raya..Pernah anda terfikir bagaimana rasanya jalan raya tanpa traffic light??Tentu haru biru jadinya,dengan sikap manusia yang masing-masing mementingkan diri sendiri..Masa nie lah sikap timbang rasa  dan hormat menghormati penting antara sesama manusia.Jangan kita hanya tau menyalahkan orang lain.

Saya yakin semua orang pernah melalui saat-saat yang mana terperangkap dalam jalan raya akibat kerosakan traffic light.Pada masa nie kita boleh tengok macam-macam gelagat manusia yang ingin melepaskan diri dalam kekalutan jalan raya.Tapi pernah tak kita terfikir untuk bersama-sama bertimbang rasa dengan pengguna jaln raya yang lain.Yang kelihatan hanya kerakusan manusia yang masing-masing mementingkan diri untuk cepat-cepat keluar dari kesesakan ini.Kalu ada yang bertimbang rasa tue bagus la,,dan yang mementingkan diri tue plak macam mana??Tidak terfikirkah tentang kekalutan orang lain..Jadi lepas nie ambil la masa untuk berfikir..sama-sama renungkannya..=)

Saya ingin berpesan kepada anda dan juga diri sendiri supaya sentiasa megamalkan sikap timbang rasa..Tidak ada salah andai kita bertimbang rasa dengan orang lain malah diri kita sendiri juga memperoleh kebaikannya. Dalam situasi apa sekali pun kita mesti amalkan sikap timbang rasa nie baru lah keamanan dapat dicapai,,bukan sahaja di jalan raya malah di mana-mana saja..Ingat tue semua!!!=)



29 June 2011

Peluang Yang Terpaksa DiLepaskan.

Assalamualaikum dan salam penuh kesejahteraan..=)



Bercakap tentang peluang atau chance memang menyeronokkan,tapi bila peluang yang dah datang tapi terpaksa dilepaskan aduss sungguh sedih rasanya..Kadang-kadang kita terpaksa berfikir panjang untuk menerima satu-satu peluang,tambahan lagi apabila kita terpaksa memilih peluang yang ada.Memang peluang yang datang hanya sekali tapi mungkin ada peluang yang lagi baik untuk kita bila kita terpaksa melepaskan peluang yang ada sekarang.Kita kena yakin semuanya sudah diaturkan oleh Allah SWT.

Apa sahaja yang berlaku kita mesti teruskan hidup,dan jangan sesekali menyesal dengan peluang yang kita lepaskan atau peluang yang kita pilih.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Sentiasalah berdoa semoga kita sentiasa berada dijalan yang betul dan diredhaiNya..aminn..

p/s:Esok ada ujian bertulis untuk satu jawatan kosong,,harap dapat buat yang terbaik dan lulus..=)
Tapi ada rasa sedih bila terpaksa menolak satu interview yang lain disebabkan clash dengan ujian..;(
moralnya: i choose another chance..apa-apa pun ku masih berharap ada sinarnya...(*_*)


23 May 2011

Cari May Bank

Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu..=)

Esok ada janji dengan kawan nak temankan dia pergi bank in duit..Nak jadikan cerita bank yang dia nak masukkan duit tu May bank..dan daerah Pasir Mas yang tercinta nie takde la plak May bank..Daerah lain ada la plak..Bank-bank lain semua ada cuma May bank jer yang belum ada..Kenapa tue tak tau la??Harap-harap  Bandar Pasir Mas Baru yang masih dalam proses pembinaan akan di bangunkan satu bangunan untuk MyBank..Bukan apa kadang-kudang susah bila kita kesuntukan masa nak guna..

Nasib baik kat Rantau Panjang ada Mybank,,dekat la sikit tak payah ke Kota Bharu..Sekarang malas nak pergi KB selalu jer jalan jem,,heheh..Padahal bukan drive sendiri pun,,pakai driver...(driver bus),,hihikkk.. Rantau Panjang takpe tak jem sangat kecuali time cuti sekolah,,Kalau time cuti sekolah tak payah cerita memang penuh la bandar Rantau Panjang dengan orang-orang luar yang datang membeli belah..Barang-barang dia boleh tahan,,murah asalkan pandai tawar menawar..

Tiba-tiba tak sabar nak pergi Rantau Panjang esok..kenapa??Bandar penuh kenangan dengan member-member masa praktikal dulu kala..Lagipun dah lama tak pergi sana nanti boleh cuci mata tengok barang-barang..Nak beli tak mampu lagi gaji belum masyuk..huhuu...

May bank Rantau Panjang


P/s:Minggu depan start cuti sekolah..apa lagi banyak betul jemputan makan gulai/kenduri..:)

19 May 2011

Problem Sign In

Assalamualaikum dan salam penuh kesejahteraan>>> kepada semua 
yang sudi meluangkan masa kat blog yang tak seberapa nie..=)

tiba-tiba komputer jadi mangsa keadaan..:)


^
^
 ^
^
Ini la yang jadi sepanjang hari bila tak boleh nak sign in...tension..=(

Sepanjang bulan Mei nie tak update pun blog,,kesian kan..Tak tau kenapa tiba2 tak boleh nak sign in..Nasib baik hari nie try boleh..Takut juga kalau tiba2 tak boleh buka sampai bila2..hihii..Ada plak fikir sampai tahap macam tue..Bukan apa sebab nie blog nie hasil usaha sendiri dengan bantuan pokcik2 dan mokcik2 google..Baru jer nak berjinak2 dalam dunia penulisan nie..Kalau boleh nak belajar lagi banyak tentang dunia penulisan di blogger nie..

Rupa paras Blog nie masih sama dari awal kelahiran sampai la sekarng(ala2 kadar jer),,org lain sumer dah advance..Tak nak ker advance cam blog2 lain???Honestly,,,mesti la nak tp tuan punya blog masih lagi dalam proses pembelajaran dan pemerhatian..hekhekhek..Nanti dah pandai tuan punya blog akan update baru...=)

Sepanjang ada blog nie semakin rajin plak tuan blog nie buat blogwalking...(time rajin jer ler)hikhikk.=)... Maka semakin banyak la benda yang di pelajari dan diketahui hasil daripada pembacaan blog2 yang ada kat dalam dunia blogger nie,,Perkara yang tak tau menjadi ketahuan,,yang dah tau menjadi lebih2 ketahuan la plak..(ayat x blh lyn)hakhak....
Itulah tak salah bila kita cuba sesuatu yang baru asalkan kita tahu macam mana nak aplikasikannya dan tau baik buruk sesuatu itu..Jangan lah benda yang dah tau salah kita nak cuba jugak,,itu namanya cari nahas.. So pandai2 lah kita dalam memilih nie...
Ok la jumpa lg di lain entry,,Tuan blog nak balik ke alam realiti...:)

19 April 2011

Bukan MilikKu

Assalamualaikum dan salam penuh kesejahteraan..

Sesungguhnya Allah SWT telah menentukan segala-galanya kepada hambaNya.Janganlah bersedih atas apa yang telah ditakdirkan untukmu,,terimalah seadanya mungkin ada yang lebih baik untukmu di masa hadapan~~~ayat memujuk hati yang sedikit kecewa~~~

Jika ia bukan milik kita berusaha sekuat mana pun takkan menjadi milik kita..redha itu penting..InsyaAllah ada yang lebih baik untuk ku dimasa akan datang..Yang penting jangan putus asa terus berusaha wahai aya mea.. Walaupun aku tak dapat kerja tu tapi aku tetap bersyukur masih lagi bekerja disini,,Terima kasih sangat kat my Bos sebab sudi ambik  aku kerja,walaupun kerja nie kerja biasa tapi aku bersyukur sangat..Akhirnya tiap-tiap bulan dapat la kasi duit sedikit sebanyak kat Ma.

Sedih memang la sedih sedih tak dapat kerja tue..tapi aku kena yakin mesti ada hikmah aku tak dapat bekerja kat situ..Semuanya telah diatur oleh Allah..Yang penting jangan putus asa,,kena terus berusaha untuk mengampai impian yang setinggi gunung itu...



~~~Ku Berserah Ku Berpasrah Hanya PadaMu~~~

13 April 2011

Kerja,,kerja,,kerja Oh Si Kerja Dimana Kamu

Assalamualaikum dan salam penuh kesejahteraan..:)

Ada satu berita gembira baru jer terima..Seorang adik kawan nie bagi peluang untuk menggantikannya bekerja atau senang cerita menawarkan kerja untuk aku.Mula-mula dia bagitahu rasa macam gembira sangat sebab ada gak kerja untuk ku nanti,,,tapi bila pikir balik rasa macam serba salah la pulak.Sebab utamanya tempat kerja tue sebelah tempat kerja yang aku kerja sekarang nie..Betul-betul sebelah jer kalu menjerit pun boleh dengar..Memang rasa dah lama nak berhenti kerja kat tempat lama nie,,bukan apa nak cari pengalaman baru,suasana baru dan jugak pergaulan baru dengan kawan-kawan baru.

Peluang dah ada takkan aku nak lepaskan macam tue jer kan??Dah banyak peluang yang aku lepaskan sebelum nie..rasanya yang nie tak nak lepaskan..Tapi apa pulak kata bos aku nanti,kalu kerja kat tempat lain tak pe la jugak nie sebelah jer ngan tempat kerja bos..huhuhuhu..susah jugak berfikir untuk membuat sesuatu keputusan. Tapi kalau difikir balik buat apa nak dengar kata-kata orang yang penting diri kita sendiri..Diri kita yang bertanggungjawab atas apa jua yang kita lakukan..

Tempoh masa yang ada hanya seminggu untuk berfikir.Kalu ada rezeki ku InsyaAllah...'Hanya kepadaMu ya Allah ku bermohon moga di bukakan pintu rezeki ku,,,amin'...

06 April 2011

Sarang-sarang Bersarang Lagi

Assalamualaikum dan salam penuh kejahteraan,,:)

Rasanya begitu lama sudah tak mengupdate blog nie..Bukan apa masalah internet di sesetengah kawasan menyebabkan blog nie dah bersarang-sarang nampaknya..Macam-macam sarang sudah ada,sarang ular,labah-labah dan sarang burung pun sudah mula kelihatan..Biarkan mereka bersarang-sarang dengan sarang-sarang mereka...ahhh apa ini sudah pening la..:)

Dalam masa bersarang nie rasa macam kosong jer..semua benda tak boleh nak buat,,tergantung??? Itulah pentingnya internet pada zaman moden nie..Kadang-kdang rasa macam dah terbelankang di tinggalkan..Tapi takpe aku masih kuat untuk meneruskan kehidupan ini...=)
Walau apa pun berlaku hidup mesti diteruskan selagi hayat dikandung badan selagi badan masih bernyawa.....hihihihihihi..

OK lah,,,jumpa lagi di lain entry..tuan rumah nak nak nak nak nak nak???~~~~~~~~~~~~~~~rehat untuk seketika~~~~~~~~~~~~~~~~~~