Sinar Kasih

"Mencari-cari di mana munculnya Sinaran Kasih itu"

02 November 2015

Aku BerLari



Ingin jauh ku berlari
Lari mencari diri
Jauh di hujung dunia
Kepastian belum tentu terungkai..

Lari dan terus berlari
Penghujungnya belum pasti
Titik penamat yang tiada akhir
Ke mana lagi harus ku berlari?

Semakin jauh ku berlari
Lelah mula ku rasai
Sakitnya onak dan duri
Perlukah aku terus berlari atau berhenti???




23 July 2014

Assalamualikum semua..

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi,,minggu depan raya lerr..hihihi..Menulis sambil mendengar lagu raya ouhh very the touching teringat kat famili di kampung..Tak sabar dah nak balik kampung..Esok malam naik bas dari KL ke KB,,jauhnya perjalanan malam esok,harap-harap tak jem..Nak kerja pun dah tak ada mood dok fikir sampai kampung nak kemas rumah,nak gi ambik baju raya,nak gi ambik kuih raya,nak buat ketupat,nak buat tapai,nak buat b\nasi himpit macam-mcam la benda nak dibuatnya nanti..Buat kerja pun buat ala-ala nak buat dengan tak nak buat..hahhhaha,,boleh pulak macam tue nasib baik bos keluar jumpa client..:P

Persiapan raya dah buat sikit,tunggu balik kampung settlekan yang kat kampung,,Baju adik-adik,Mama semua dah beli dengan tema hijau tahun nie..Adik yang kecik tak sabar nak tengok baju raya dia.Tunggu kakak balik yer dik..Dia yang paling kecik,paling banyak  plak belanja untuk dia,, baju raya jer dah 3 pasang..botak jugak kepala kakak ngan along..Takpe la sekali sekala belanja untuk adik..

Diharapkan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan,sentiasa bersabar dengan segala dugaan yang mendatang dan semoga kita semua umat Islam sentiasa dalam redha Allah SWT..aminn

SALAM AIDILFITRI 1435H.





13 March 2014

Yaahuuhaa Selamat Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua…J

Selamat bersua kembali dalam dunia maya,lebih kurang satu tahun tiga bulan lebih saya meninggalkan dunia blog, last update 6 Desember 2012 dan hari nie 13 Mac 2014 baru update..hihi..Rindunya dengan blog Sinar Kasih..Selama setahun lebih menyepi sekarang saya kembali, InsyaAllah akan terus aktif selepas nie.Macam-macam perkara telah berlaku selama setahun lebih nie selama penghijrahan saya dari kampung ke Sungai Buloh dan sekarang di Seri Kembangan.


Simpan dulu la kisah perjalanan hidup saya,nanti bila tiba masanya saya ceritakan. Sekarang isu Kehilangan Misteri MH370. Hari nie hari keenam misi  mencari dan menyelamat,sama-samalah kita mendoakan misi nie berjaya. Bagaimana semua nie berlaku? Ini semua rahsia Allah hanya Dia yang Maha Mengetahui. Sebagai umatNya kita haruslah bersabar dan terus berdoa semoga dapat bertemu kembali dengan pesawat MH370..


06 December 2012

Betul-betul Last Day

Assamualaikum... :)


Di entry sebelum nie saya ada cite pasal saya nak benti kerja,,dan hari tue sepatutnya last day saya kerja,,tetapi tak menjadi la plak..Di sebabkan belum ada pengganti,,saya dengan rela hati tolong bos saya ganti untuk seminggu nie..Dan hari nie baru betol-betol last day....hhahahahaha..

Pas nie musti saya akan merindui suasana kat DCC,,adik-adik kat sini,,kawan-kawan,,jiran-jiran sebelah...huuhhuuhu..Semuanya akan menjadi kenangan..

Harapan saya akan dapat pekerjaan yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang..Hari Ahad 9/12 nie ada temuduga fizikal dan kecergasan untuk Penolon Pegawai Pertahanan Awam,harap-harap ada rezeki untuk saya...Aminnn..doakan saya kawan-kawan...

My ex PC,webcam,speaker,pens,calculator n my desk..love u all


KudiQ vs AdeQ

Assalamualaikum..:)

 Sekarang dah bulan 12 dah..Bulan nie saya dan kakak saya along dah rancang nak buat birthday party untuk adik bongsu kami..Harap-harap jadi la.Adik suka sangat bila buat birthday party untuk dia...
Dia ada macam-macam gelaran nama,,dulu kami panggil kudik,sekarang adik,,kadang-kadang ateq,,macam-macam la..Geng kekawan dia panggil Sayeid,,kat sekolah pun cikgu panggil Sayeid..Nama penuh dia Sayeid Abdul Azim dilahirkan pada 12.12.2006...Masuk bulan nie baru cukup 6 tahun tapi perangai masih cam budak-bdak kecik,,nak saya mandikan dia,gosok gigi dia,pakaikan dia baju dan kadang-kadang nak kena dukung..manja betul...:)Masa kecik-kecik dulu comel jer geram tengok gambar-gambar lama dia. Nie ha cuba tengok comel kan,,masa nie baru umur 2 ngan 3 tahun..:p



 Sekarang nie dah besar lagi comel,,,comel ape???comel tang perangai la plak..macam-macam adik kecik yang sorang nie...haha
Berbaju sekolah,,last day sekolah untuk tahun 2012. 



Kakakkkk Sayang Adikkkk...(*_*)v





02 December 2012

Oh My Trilogi Cinta Ku


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua...



"Salah di mata kalau tak nampak, salah tafsiran kalau tak nilai" tagline untuk drama Trilogi Cinta..Sekarang dah masuk musim kedua untuk drama nie.Musim pertama saya ikuti drama nie,untuk musim terbaru nie pun saya ikuti jugak...Saksikan setiap Khamis dan Jumaat jam 10 malam sampai 11 malam...Siap promote lg,,drama nie dah lama start bulan September yang lepas tapi saya baru nak update..Kelewatan btol la hahhaha...

Musim terbaru ngan musim lepas sama-sama best,,Musim nie lagi banyak dugaan dalam kehidupan Razif dan Norjinah,kisah hubungan Badrul ngan Norseha pun makin bergolak...Tak sabar nak tahu kesudahan kisah mereka..Tapi serius saya kata musim nie banyak kekurangan la,,bukan dari segi jalan cerita tapi waktu penyiarannya..Musim dulu best jer,,sekarang nie kurang sikit sebab selalu jer tertunda disebabkan bermacam-macam program siaran langsung dan program-program lain...:(

Harap sangat la untuk masa akan datang pihak RTM boleh menentukan masa yang sesuai untuk drama-drama yang mempunyai ramai pengikut,,boleh di katakan drama Trilogi Cinta dan Trilogi Cinta 2 mempunyai rating yang agak tinggi..

Kepada sesapa yang terlepas boleh jer tonton secara online atau pun download trus kat sini ---->Kepala Bergetar

30 November 2012

Selamat Tinggal November

Assalamualaikum..


^
^
^
^
Hari nie last day november untuk tahun 2012..dan hari nie sepatutnya last day saya kat DCC..Tapi belum confirm lagi sebab 2nd bos belum jumpa penganti diri ini...Tiba-tiba rasa sedih nak tinggalkan DCC,nie la tempat pertama saya mencari rezeki,,banyak kenangan manis pahit disini..Semuanya akan menjadi satu kenangan...

Esok Desember akan muncul...Saya harap Desember akan memberi lebih banyak peluang kepada saya untuk mencari kerja baru dan memulakan hidup baru...Semoga segala impian menjadi nyata..

Selamat Datang Desember yang akan bermula esok...