Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua…J
Selamat bersua kembali dalam dunia maya,lebih kurang satu
tahun tiga bulan lebih saya meninggalkan dunia blog, last update 6 Desember 2012 dan hari nie 13 Mac 2014 baru update..hihi..Rindunya dengan blog Sinar
Kasih..Selama setahun lebih menyepi sekarang saya kembali, InsyaAllah akan terus
aktif selepas nie.Macam-macam perkara telah berlaku selama setahun lebih nie
selama penghijrahan saya dari kampung ke Sungai Buloh dan sekarang di Seri
Kembangan.
Simpan dulu la kisah perjalanan hidup saya,nanti bila tiba
masanya saya ceritakan. Sekarang isu Kehilangan Misteri MH370. Hari nie hari
keenam misi mencari dan menyelamat,sama-samalah kita mendoakan misi nie
berjaya. Bagaimana semua nie berlaku? Ini semua rahsia Allah hanya Dia yang
Maha Mengetahui. Sebagai umatNya kita haruslah bersabar dan terus berdoa semoga
dapat bertemu kembali dengan pesawat MH370..