Sinar Kasih

"Mencari-cari di mana munculnya Sinaran Kasih itu"

28 August 2011

Selamat Beraya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua...(*_*)

Semalam dapat duit raya,
Hari ini dapat kuih raya+hamper raya,
Esok dapat baju raya,
Lusa kita berhari raya...

Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua pembaca blog Sinar Kasih Maaf Zahir Batin andai tersalah tulis tersilap kata-kata dalam penulisan nie yang menguris hati mana-mana pembaca..Mari lah kita saling maaf memaafi...

Tapi sebelum tue saya nak ucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada yang bagi duit raya sebelum raya,,Cikgu Saidatul ngan Cikgu Ti...Baru jer kenal dengan diaorang tapi diaorang sangat baik,,saya tolong diaorang dan diaorang bagi sesuatu yang tidak saya sangka...'duit raya sebelum raya' katanya...Terima kasih buat Cikgu-cikgu berdua.

Hari nie dapat pulak kuih raya ngan hamper raya..Kuih raya daripada Kak Zuliha yang kerja kat sebelah kedai saya,,katanya 'kuih tunjuk jer dik,,kuih dari air tangan tak sempat nak buat sibuk sangat lagi-lagi nak raya nie'..Terima Kasih K.Ha bagi 'tart nenas'..umm tak sabar nak rasa..Pastu Bos pulak datang kedai bawa hamper raya untuk pekerja-pekerjanya'besar'...alahai macam mana nak bawak balik naik motor nie.. Apa-apa pun terima kasih bos bagi kami hamper sempena hari raya nie...

Dan esok pulak bakal mendapat baju raya daripada 'Along'..Esok dia balik kampung dan seperti selalunya baju raya saya akan ditaja olehnya...wah,,wah,,wah seronoknya dah besar-besar pun baju raya orang beli..Tapi Along saya suka kalau bab-bab baju-baju raya nie dia mesti nak beli semua nak ikut tema katanya..Kalau masing'masing beli mesti warna tak sama jadi setiap hari raya mesti dia la yang jadi tukang beli baju raya untuk kami semua adik-adiknya..Terima Kasih Along untuk semua ini...

Peranan saya pulak sebelum raya nie biasa la jadi driver untuk ke mana-mana sahaja..Malam nie nak pegi ambil kuih raya ngan kek yang ditempah...heehee..=P

Selamat Hari Raya Semua daripada Aya Mea@Sinar Kasih!!!!


0 ulasan:

Post a Comment