Sinar Kasih

"Mencari-cari di mana munculnya Sinaran Kasih itu"

10 August 2011

Keikhlasan Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.=)

Nampaknya saya semakin rajin masuk mengemas rumah blog saya nie..:p,,rajin sangat ker??Yer la dah lama bersepah,berhabuk jadi kena la kemas balik kan...heheh..=).Hari nie ada sesuatu yang saya nak kongsikan sesuatu dengan anda..Tentang apa?Tentang sebuah keikhlasan.

Ikhlas??sering kali kita dengar orang kata 'saya ikhlas buat semua nie' tapi sejauh mana keikhlasan tue, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.Sebab tue niat kita pada sesuatu penting,kalau kita niat baik maka kebaikan lah yang kita dapat, tapi kalu kita niat sebaliknya  maka yang sebaliknya kita dapat.Saya bukanlah seorang yang bijak pandai untuk bercerita tentang sesebuah keikhlasan tapi saya yakin dalam apa jua perlakuan kita mesti ikhlas tak kira la dalam perhubungan,pertolongan atau apa sahaja yang penting 'ikhlas'.

Seperti yang berlaku di sekeliling kita hari-hari di mana kita dapat lihat macam mana keikhlasan itu wujud dalam sesuatu tindakan.Ada sesetengah manusia yang menghulurkan bantuan atau sebagainya mengharapkan balasan daripada apa yang diberikan,dan ini menunjukkan seseorang itu tidak ikhlas dalam perbuatannya. Seharusnya kita sebagai manusia haruslah ikhlas dalam setiap perbuatannya,tentang balasan itu biarlah Allah SWT sahaja yang membalasnya.Sama-samalah kita renungkannya..

Saya menulis nie pun ikhlas,,sapa-sapa yang baca pun kena ikhlas ok.=)  Sama-sama kita jadikan diri sebagai seorang yang ikhlas..aminn..



1 ulasan:

ikhlas tu sangat2 penting..tapi kita jarang di ajar dengan mendalam cara2 untuk ikhlas..
tidak ikhlas itu maknanya riak atau bongkak..
dan riak itu menghampiri syirik / syirik kecil.
 

Post a Comment