Sinar Kasih

"Mencari-cari di mana munculnya Sinaran Kasih itu"

15 August 2011

Akhirnya..............Konvo!!!

Assalamualaikum..=)

Sekian lama menunggu akhirnya segala penat lelah berbayar jugak.Tak lama lagi saya akan konvo dalam awal bulan Oktober.Habis belajar bulan Oktober tahun lepas 2010 konvo bulan Oktober tahun berikutnya dan hari ini baru tahu bila tarikh sebenar saya akan konvo..Lama memang lama dekat ngan setahun jugak la. 
Kenapa lambat??

Saya failed paper??

Tidak lah,,semuanya bergantung pada pihak universiti lambat atau cepat bukan kita yang tentukan.Kalau boleh awal-awal lagi saya dan bukan saya saja kawan-kawan seuniversiti saya nak konvo awal tapi apakan daya kami pihak pengurusan tiba-tiba ubah jadual yang sedia ada.Dan kami sebagai pelajar terpaksa terima dan akur.

Kenapa pihak universiti ubah jadual??

Mungkin mereka ada sebab tersendiri yang mana bagi mereka memberi kebaikan kepada semua pihak.Tapi bagi pelajar-pelajar mereka rasakan tidak adil.Tapi bagi saya semua nie ada hikmah yang kita tidak tahu.Walaupun konvo nie diadakan lambat,saya rasa beruntung sebab saya boleh kumpul duit untuk perbelanjaan konvo nanti,tak perlu susahkan keluarga.Kalau boleh semuanya saya nak guna duit sendiri tapi kalau keluarga nak bantu pun boleh jugak..hehheee..=)


Ada lagi masa sebulan lebih nak prepare untuk konvo.Yang penting budget untuk konvo mesti cukup,kena kerja lagi kuat la pasni..heheh.Perasaan makin tak sabar nak merasai semua itu..Harap-harap semuanya di permudahkan olehNya...Aminnn..=)

Bakal menjadi peristiwa TerIndah,,=)


0 ulasan:

Post a Comment