Sinar Kasih

"Mencari-cari di mana munculnya Sinaran Kasih itu"

28 August 2011

Selamat Beraya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua...(*_*)

Semalam dapat duit raya,
Hari ini dapat kuih raya+hamper raya,
Esok dapat baju raya,
Lusa kita berhari raya...

Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua pembaca blog Sinar Kasih Maaf Zahir Batin andai tersalah tulis tersilap kata-kata dalam penulisan nie yang menguris hati mana-mana pembaca..Mari lah kita saling maaf memaafi...

Tapi sebelum tue saya nak ucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada yang bagi duit raya sebelum raya,,Cikgu Saidatul ngan Cikgu Ti...Baru jer kenal dengan diaorang tapi diaorang sangat baik,,saya tolong diaorang dan diaorang bagi sesuatu yang tidak saya sangka...'duit raya sebelum raya' katanya...Terima kasih buat Cikgu-cikgu berdua.

Hari nie dapat pulak kuih raya ngan hamper raya..Kuih raya daripada Kak Zuliha yang kerja kat sebelah kedai saya,,katanya 'kuih tunjuk jer dik,,kuih dari air tangan tak sempat nak buat sibuk sangat lagi-lagi nak raya nie'..Terima Kasih K.Ha bagi 'tart nenas'..umm tak sabar nak rasa..Pastu Bos pulak datang kedai bawa hamper raya untuk pekerja-pekerjanya'besar'...alahai macam mana nak bawak balik naik motor nie.. Apa-apa pun terima kasih bos bagi kami hamper sempena hari raya nie...

Dan esok pulak bakal mendapat baju raya daripada 'Along'..Esok dia balik kampung dan seperti selalunya baju raya saya akan ditaja olehnya...wah,,wah,,wah seronoknya dah besar-besar pun baju raya orang beli..Tapi Along saya suka kalau bab-bab baju-baju raya nie dia mesti nak beli semua nak ikut tema katanya..Kalau masing'masing beli mesti warna tak sama jadi setiap hari raya mesti dia la yang jadi tukang beli baju raya untuk kami semua adik-adiknya..Terima Kasih Along untuk semua ini...

Peranan saya pulak sebelum raya nie biasa la jadi driver untuk ke mana-mana sahaja..Malam nie nak pegi ambil kuih raya ngan kek yang ditempah...heehee..=P

Selamat Hari Raya Semua daripada Aya Mea@Sinar Kasih!!!!


Dari Belakang Ke Hadapan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...=)

cantik dan unik pokok nie..utk tatapan mata


Dari belakang ke hadapan,,apa maksudnya??Macam-macam boleh kita tafsirkan daripada ayat nie kan,ikut kefahaman masing-masing.Tapi saya nak cerita satu tabiat atau perkara yang selalu saya buat bila baca novel ngan tengok cerita..Kalau bab baca novel saya suka baca dari bab belakang dulu pastu baru baca bab depan..hehe..=P..Pelik?? tak la pelik sangat pun,,,biasa la kan jenis yang tak sabar nak tau apa yang jadi.. Sama la dengan tengok movie atau cerita mesti nak tengok part last dulu...jadi tiada la unsur-unsur suspen yang terpaksa di fikirkan...=)

Tapi cuba anda bayangkan bila kita baca dari belakang ke depan???##%#**^*(*...*)...apa?Dah tentu la fening jawabnya,,,So jangan sesekali amalkan...hehhe..sekali sekala untuk kelainan boleh la...tp jgn selalu tak pasal-pasal rabun...=P..(ada kaitan ke)

Tapi kadang-kadang bagus jugak bila kita bermula dari belakang nie..Maksudnya disini bila kita berada di belakang mesti kita nak berada di depan dan untuk ke depan kita mesti berusaha...Maksudnya sekali lagi kita mesti ada usaha dalam apa jua yang kita lakukan..Berusaha untuk maju ke depan..Usaha usaha usaha InsyaAllah kita pasti berjaya...=)

15 August 2011

Akhirnya..............Konvo!!!

Assalamualaikum..=)

Sekian lama menunggu akhirnya segala penat lelah berbayar jugak.Tak lama lagi saya akan konvo dalam awal bulan Oktober.Habis belajar bulan Oktober tahun lepas 2010 konvo bulan Oktober tahun berikutnya dan hari ini baru tahu bila tarikh sebenar saya akan konvo..Lama memang lama dekat ngan setahun jugak la. 
Kenapa lambat??

Saya failed paper??

Tidak lah,,semuanya bergantung pada pihak universiti lambat atau cepat bukan kita yang tentukan.Kalau boleh awal-awal lagi saya dan bukan saya saja kawan-kawan seuniversiti saya nak konvo awal tapi apakan daya kami pihak pengurusan tiba-tiba ubah jadual yang sedia ada.Dan kami sebagai pelajar terpaksa terima dan akur.

Kenapa pihak universiti ubah jadual??

Mungkin mereka ada sebab tersendiri yang mana bagi mereka memberi kebaikan kepada semua pihak.Tapi bagi pelajar-pelajar mereka rasakan tidak adil.Tapi bagi saya semua nie ada hikmah yang kita tidak tahu.Walaupun konvo nie diadakan lambat,saya rasa beruntung sebab saya boleh kumpul duit untuk perbelanjaan konvo nanti,tak perlu susahkan keluarga.Kalau boleh semuanya saya nak guna duit sendiri tapi kalau keluarga nak bantu pun boleh jugak..hehheee..=)


Ada lagi masa sebulan lebih nak prepare untuk konvo.Yang penting budget untuk konvo mesti cukup,kena kerja lagi kuat la pasni..heheh.Perasaan makin tak sabar nak merasai semua itu..Harap-harap semuanya di permudahkan olehNya...Aminnn..=)

Bakal menjadi peristiwa TerIndah,,=)


10 August 2011

Keikhlasan Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.=)

Nampaknya saya semakin rajin masuk mengemas rumah blog saya nie..:p,,rajin sangat ker??Yer la dah lama bersepah,berhabuk jadi kena la kemas balik kan...heheh..=).Hari nie ada sesuatu yang saya nak kongsikan sesuatu dengan anda..Tentang apa?Tentang sebuah keikhlasan.

Ikhlas??sering kali kita dengar orang kata 'saya ikhlas buat semua nie' tapi sejauh mana keikhlasan tue, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.Sebab tue niat kita pada sesuatu penting,kalau kita niat baik maka kebaikan lah yang kita dapat, tapi kalu kita niat sebaliknya  maka yang sebaliknya kita dapat.Saya bukanlah seorang yang bijak pandai untuk bercerita tentang sesebuah keikhlasan tapi saya yakin dalam apa jua perlakuan kita mesti ikhlas tak kira la dalam perhubungan,pertolongan atau apa sahaja yang penting 'ikhlas'.

Seperti yang berlaku di sekeliling kita hari-hari di mana kita dapat lihat macam mana keikhlasan itu wujud dalam sesuatu tindakan.Ada sesetengah manusia yang menghulurkan bantuan atau sebagainya mengharapkan balasan daripada apa yang diberikan,dan ini menunjukkan seseorang itu tidak ikhlas dalam perbuatannya. Seharusnya kita sebagai manusia haruslah ikhlas dalam setiap perbuatannya,tentang balasan itu biarlah Allah SWT sahaja yang membalasnya.Sama-samalah kita renungkannya..

Saya menulis nie pun ikhlas,,sapa-sapa yang baca pun kena ikhlas ok.=)  Sama-sama kita jadikan diri sebagai seorang yang ikhlas..aminn..



09 August 2011

Eh eh Traffic Light..:)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..=)

Sudah lama rasanya saya tidak meninggalkan jejak tulisan saya kat sini..Kenapa?? dan jawapan biasa didengar takde idea untuk berkongsi cerita dan apalagi yer,,umm..line internet putus disebabkan oleh segelintir manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab ini,,Kes??biasa la diaorang curi kabel untuk kepentingan diri sendiri..Begitu rakus manusia hari ini tidak menghiraukan halal haram setiap perbuatan mereka..Cerita yang ingin saya kongsikan hari ini ada kaitan dengan sikap manusia yang kadang-kadang hilang sifat timbang rasa.

Traffic light@lampu isyarat-merah,kuning dan hijau


Traffic light??siapa tak kenal dengan traffic light,,,Semua orang kenal dan tau traffic light atau lampu isyarat.. Traffic light nie la yang jadi peneman setia sewaktu kita di jalan raya..Fungsinya adalah satu untuk mengawal keadaan jalan raya..Pernah anda terfikir bagaimana rasanya jalan raya tanpa traffic light??Tentu haru biru jadinya,dengan sikap manusia yang masing-masing mementingkan diri sendiri..Masa nie lah sikap timbang rasa  dan hormat menghormati penting antara sesama manusia.Jangan kita hanya tau menyalahkan orang lain.

Saya yakin semua orang pernah melalui saat-saat yang mana terperangkap dalam jalan raya akibat kerosakan traffic light.Pada masa nie kita boleh tengok macam-macam gelagat manusia yang ingin melepaskan diri dalam kekalutan jalan raya.Tapi pernah tak kita terfikir untuk bersama-sama bertimbang rasa dengan pengguna jaln raya yang lain.Yang kelihatan hanya kerakusan manusia yang masing-masing mementingkan diri untuk cepat-cepat keluar dari kesesakan ini.Kalu ada yang bertimbang rasa tue bagus la,,dan yang mementingkan diri tue plak macam mana??Tidak terfikirkah tentang kekalutan orang lain..Jadi lepas nie ambil la masa untuk berfikir..sama-sama renungkannya..=)

Saya ingin berpesan kepada anda dan juga diri sendiri supaya sentiasa megamalkan sikap timbang rasa..Tidak ada salah andai kita bertimbang rasa dengan orang lain malah diri kita sendiri juga memperoleh kebaikannya. Dalam situasi apa sekali pun kita mesti amalkan sikap timbang rasa nie baru lah keamanan dapat dicapai,,bukan sahaja di jalan raya malah di mana-mana saja..Ingat tue semua!!!=)